-->

Thursday, 25 December 2014

UiTM Tapah

UiTM Tapah Perak.  Lawa tak UiTM Tapah?

Assalamualaikum , *wink

It's quite sad thinking that I'm not studying in UiTM Beting ,Kuala Pilah any longer. I've shifted to Tapah,Perak because Tapah is a new campus that is made for the science and account students . Jadi kami pelajar sains di Beting hanyalah pelajar transit satu sem. Sebab apa transit? Sebab kelengkapan dan alat-alat lain dekat lab UiTM Tapah belum lengkap and facilities dekat sana belum fully furnished. Bayangkan pelajar course sains dan account dari 4 UiTM digabungkan ...which are from

Sri Iskandar,Perak
Arau,Perlis
Beting , N9 and
Jengka, Pahang

Ramai ok...sangat lah ramai...padat dia macam semut ya rabbi ...ok tak ..itu hanya metaphor ..kehkeh..tapi serius ramai,beting je 950 students.. Yg dari arau pun ada lagi separuh belum pindah...risau kalau next sem tak dapat kolej ㅠ.ㅠ

Kalau korang nak tau,bangunan dekat sini semua lawa-lawa,unik pulak tu design bangunan dia. First week aku dekat sini memang penuh gallery phone dengan gambar2 bangunan and surroundings dia. Sangat memikat hati.

Dekat UiTM Tapah ada 2 fasa. Beza dia,fasa 1 bangunan lama ..fasa 2 pulak  kawasan yang  baru siap. Dekat fasa satu ada kolej Gamma.  Dekat fasa 2 ada 2 kolej baru iaitu Alpha dan Beta. Kolej alpha asalnya untuk pelajar lelaki . Kolej gamma ni pulak ,dulu asalnya untuk pelajar perempuan ,tapi sekarang dah ditukarkan kepada kolej lelaki . Sebabnya pelajar transit perempuan terlampau ramai. In fact student part 3 pun dah ada yang kena duduk luar.

So, diorang tempatkan student perempuan course account di Beta dan student perempuan coarse sains di Alpha untuk memudahkan kami ke kelas sebab dekat dengan fakulti masing-masing . Yang kesiannya dekat pelajar lelaki di Gamma. Bayangkan bilik yang sepatutnya untuk 2 orang pelajar dimampatkan untuk 3 orang. Bilik untuk 4 orang pula  dimampatkan untuk 6 orang. Kesian dengar. Tak boleh imagine macam mana diorang dalam bilik tu. Konfem macam sardin . Dah la fakulti boleh kira jauh la jugak dari gamma. Dengan kejap panas terik kejap hujan lebat..harunya lahai

Disebabkan UiTM Tapah ni baru lagi. Most of the facilities memang tak lengkap. Waktu aku mula-mula daftar masuk ,ya rabbi terkejut sangat,langsir pun tak ada. Kelam kabut pergi pekan cari langsir. Nasib baik sempat beli langsir,sebab kalau nak tunggu pihak kolej, dekat hujung minggu ke-3 baru dapat langsir. Part yang paling sedih, atm dekat tapah ni ada satu je ,dekat gamma pulak tu. Jenuh kami pelajar perempuan jalan kaki dari alpha ke gamma. Macam dari kutub selatan ke kutub utara jauh dia . *maafkan metaphor yang melampau ini . Mesin basuh dekat alpha pun ada 8 buah je.  9 blok yang penuh dengan student berkongsi 8 mesin basuh. Memang berebut bila nak balik cuti panjang. Sampai ke tengah malam ada je lagi yang beratur tunggu mesin kosong. Mesin water dispenser pulak memang tak ada langsung. Terpaksa berjimat dengan air mineral yang sedia ada. Dengar cerita diorang akan pasang mesin air tu paling cepat bulan January ni...harap-harap naik cuti ni dah ada la kan.

The environment . Lawa kan ? :)

Ni la kolej Alpha :)






Kolej Beta :)





















Pusat islam :) 



                                           


Gamma :)

                                                       *The last three, source : @ASeTapah


P/s: Disebakan post kali ni macam dah terlampau panjang. Gambar bilik UiTM Tapah aku akan update dekat post lain . Tunggu tau ! :)

Thanks for reading ! 

New updated , sambungan post ni boleh click link bawah ni . :)
Bilik UiTM Tapah Perak

3 comments: