-->

Sunday, 6 July 2014

UITM BETING , KUALA PILAH

Apa itu MDS ? Minggu Orentasi Uitm Kuala Pilah Beting ok tak ? Macam mana rupa bilik dekat UITM Beting?

Assalamualaikum and hye semua .. kali ni Tiha nak cerita pasal pengalaman Tiha dekat Uitm Kuala Pilah Beting sebagai seorang siswi (Ayat bajet padahal baru sebulan je masuk U..kehkeh) . Kalau korang semua nak tahu dekat N.9 ada 3 cawangan Uitm .
 1.Beting,Kuala Pilah  2.Melang  3.Seremban 3
Campus dekat Seremban 3 ni kira baru lagi ...and InsyaAllah dengar cerita Uitm akan ada lagi satu campus baru dekat N9 ..but I can't remember the exact place ..

Dah sebulan Tiha dekat Beting ..hujung minggu baru dapat balik .. ya allah gembiranya .. sengsara tau tak duduk situ..bukan sengsara apa cuma Tiha ni budak sekolah harian biasa ,so bila masuk U kena stay hostel ,berpisah dengan family..allahu sedihnye hati .. setiap malam menangis sebelum tidur sebab rindu  rumah T.T






















Mari cerita pasal MDS. Apa itu MDS ? Ha MDS ni maksud dia Minggu Destini Siswa ..dia lebih kurang macam minggu orentasi untuk semua PB (pelajar baru ) yang akan di organized oleh PM (Pembantu Mahasiswa) . Pm ni pulak semua senior-senior korang. Eh,jangan la risau ..diorang bukannya nak buli korang ke hape ...PM PM semuanya baik tauuu ... baik sangat (serius bukan bodek ni) . Cuma biasa la kalau ada PM yg garang . Ala PM garang sebab diorang sayang ~

Tapi sebelum tu nak ingatkan awal-awal ,sepanjang minggu MDS korang memang akan exhausted gila. In fact masa yg korang ada untuk tidur pun tak lama ..dalam 2jam lebih je . Ialah  bayangkan program habis pukul 11pm tapi tu cuma dekat atas schedule je la kan ..bila campur roll call,kau nak iron baju/tudung untuk esok lagi ,memang konfem tidur pukul 2am ++ . Dia tidur lambat ni tak jadi masalah ,masalah dia sekarang ni ,bila  kena bangun pukul 4am /4.15am sebab nak solat subuh berjemaah nanti . Ok korang mesti pelik kan,sebab Subuh masuk pun dalam 5.40am ,kenapa nak kena bangun pukul 4am? Ha sebabnya ,korang dah kena berkumpul dekat bawah dorm around 4.45 am . So gap yg ada sebelum masuk waktu tu ,diorang akan check list penghuni blok ,nak tengok siapa yg tak turun lagi . Pastu nak bagi brief tentang program hari tu and banyakk lagi la .

 Kalau dekat Uitm K.Pilah macam apa yg Tiha go through haritu, lepas solat subuh kitorang akan diberi sarapan ,lepastu berkumpul balik gerak pergi bangunan fakulti dekat bawah. Masuk zohor daki bukit balik untuk solat zohor secara berjemaah then makan tengah hari . Kiranya,setiap kali masuk waktu solat kitorang kena solat berjemaah dekat surau termasuk la solat isyak ye . So,nak naik masuk bilik untuk mandi /rehat tu memang harapan je la ...mandi pun sehari 2 kali je . Malam sebelum tidur and pagi sebelum solat subuh . Kan dah kata jadual sepanjang MDS memang pack sangat !! T.T

Tapi ...tapiiiiii MDS ni kan aktiviti dia tak selaras seluruh uitm di Malaysia. Means that kalau ada kawan dekat Uitm Dungun jadual dia takkan sama dengan yang dekat Uitm S.Alam dan cawangan lain,sebab MDS ni dia based on PM (senior) korang organized . Which means setiap tahun aktiviti MDS pun tak akan sama ... ha faham ? At the end ikut nasib korang jugaklah . Kalau bertuah dapat la PM baik jadual aktiviti pun tak pack sangat ... kalau tak ...tabahkan jela diri tu ye !



















Bilik dekat Uitm Beting ni  lawa! Boleh kira bersih jugak la ! Tak teruk sangat ...
Dekat Beting dia macam  apartment. 1 apartment ada 3 bilik 1 ruang tamu 1 tandas . Tapi tandas dia ada 2 bilik air 1 bilik mandi ,so tak payah risau takkan terjadi punya kes berebut bilik air ni .  1 bilik ada 2 katil,meja study,locker/almari baju . Dekat ruang tamu dia pun ada katil dengan meje study and almari baju jugak ..dia kira macam bilik cuma terbuka...

Dewan makan pulak 2 tingkat . Makanan dia boleh tahan sedap jugak la ..cuma hampa dengan masak lemak cili api diorang..... cairr ..kata orang nogori ..apa ni woiii .. hahahaha

Overall Uitm Beting ni not bad . Suasana dia pun ok ,sesuai untuk mood belajar,korang boleh nikmati pemandangan yang lawa ..pagi2 mesti ada kabus ...sejuk je ..






Ha kejap last , adik-adik yg nak masuk U ni mesti dalam chechklist tu dia ada suruh beli baju kurung putih dengan kain gelap . Lepastu mesti korang cam runsing nak beli berapa banyak ... ha sama la kita ..waktu Tiha nak masuk dulu pun macam "eeeee peningnye berapa helai baju kurung nak guna ni" Dah dah tak payah pening2 lagi disarankan korang beli sehelai je baju putih dengan kain hitam . Baju putih dia kan baju putih plain sekolah tu tau . Tudung pulak dia akan bagi nanti warna purple ,tudung rasmi uitm ..kalau macam Tiha haritu ,kitorang pakai sekali je ..waktu majlis Perasmian Penutup Minggu Destini Siswa ..seharian pakai baju tu ...lepastu dah tak pakai dah . So,kalau sape2 yang beli sampai 2/3 helai tu memang membazir la cerita dia .. tapi macam yang Tiha kata awal2 tadi ...program tak sama ,so kalau korang kena pakai baju tu lebih dari sehari basuh je baju tu ,tak payah beli sampai 2 helai ...membazir !


Sekian mukadimah kita pada hari ini ...Pada adik-adik yg baru nak masuk U tu ,Good Luck ok ! All the best !
Tiha nak sambung pack beg ni ,esok pagi dah kena balik huwaaaaaaaa TT.TT ...


Sanyonara ~~~~

8 comments:

  1. Satu lagi dekat Rembau Most Wanted Yow.. Hee :) Kampung aku dah majuu :D

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum akak Insyaallah sye akan masuk uitm kuala pilah ahad ni... Saya nak tanya masa mds bilik macam mane ye ade bilik air tiap bilik atau toilet dn shower dekat setiap floor.... Sye harap akak perasan comment ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam, alamak dik maafla akk dh lama tk bukak blog,i guess you're in pilah now...but anyway incase kalau ada yg lain nk tau ....pilah bilik dia mcm apartment with 3 small rooms,1 lv room,2toilets and 1shower ...jdi jngn la risau ye..insyallah tk berebut wktu mds nnti :)

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete