-->

Sunday, 13 April 2014

Pulau Perhentian Kecil (part 2 )


Mari sambung cerita .. :))
Siapa yang dah terlepas part 1 boleh click sini .. Pulau Perhentian Kecil Part 1

Day 3
Semangat betul bangun pagi tu ..semua tak sabar nak pergi snorkeling !! Padahal satu family tak ada pengalaman pun . Habis je breakfast ,terus jumpa dengan coordinator tanya pukul berapa nak pergi snorkeling etc . Tiha ingatkan kitorang satu family je dalam boat tu ...tapi rupanya takk :(( ...kitorang satu boat dengan 2 orang lelaki melayu,3 orang lelaki arab (islam) ,and the rest are foreigner aka mat salleh ....emmm handsome tak payah cakap la kan dengan rambut blonde dia. Dekat Pulau Perhentian ni memang ramai pelancong asing esp mat selleh ..most of them are backpackers.. So,dalam boat ni cuma keluarga Tiha dengan sorang lelaki arab tu je yang baru nak experience benda ni...












Packages snorkeling yang Tiha ambil ni under packages chalet yang kitorang menginap,dia akan round satu pulau pergi tempat2 menarik untuk snorkeling...yang kitorang ni tak tau apa2 ..ingatkan sekadar snorkeling dekat tepi pantai je ..tskk tskk





Dalam packages yang chalet Tiha offer ni,dia akan pergi ke
*shark point
*turtle point
*turtle beach
*fisherman village
*romantic beach
*light house
*coral garden











First spot yang coordinator ni bawak kitorang adalah turtle point. Tiba2 dia stop kan boat,then suruh kitorang terjun dalam laut tu ..dia akan berhenti jauh sikit dekat satu tempat,dah puas nanti datang la dekat boat ...dia tak ada time limit pun . Family Tiha yang memang tak ada experience ni semua blur duduk dalam boat ..yang lain semua turun . Yang mat salleh lagi tak payah cakap kan ,diorang fins pun tak pakai ..(fins = yang pakai kat kaki time berenang) Coordinator ,bawak kitorang dekat tempat jauh sikit,then ajar macam mana nak pakai alat snorkel tu ,dia ajar macam mana nak bernafas dlm laut etc .. dia nasihatkan untuk permulaan snorkel dekat tepi2 boat je . So Tiha dengan Dauz pun turun ...SubahanAllah ,lawa sangat coral dekat dasar laut tu,dah la lawa,besar pulak tu !! Tak macam coral2  yang dekat Aquaria//Coral Wonderland!! Tiha pun takdapat nak describe lawa dia macam mana,speechless hokayy!! Dengan ikan2 kecil yang berenang dekat keliling kita..ee comel je!

Second sport kitorang,Turtle Beach. Ha dekat sini kena matikan enjin boat ,then kena diam je ...sebab takut penyu2 ni semua lari ..dalam 10 minit macamtu ,nampak la sekor penyu ni,besar sangat . Semua yang dalam boat terus turun kejar penyu!! Tiba2 penyu tu hilang..then entah siapa entah yang kata "Mano ponyu eh??" semua yang melayu dekat situ gelak terbahak2 ..siap ada yang sambung " La orang nogori rupanya" Lagi la semua orang sambung gelak ..sampai Tiha pun tersedak air laut .  Bila coordinator turun ,dia tolong carikan penyu tu,rupanya penyu tu ada dekat bawah dasar laut..disebabkan cengkerang dia yang besar dan hampir menyerupai batu tu yang buat semua orang tak dapat detect dia ..hamboi pandai kau ye penyu..nak main camouflage pulak ye ... Tak lama lepastu,tiba2 diorang jumpa anak penyu ! Comel ! Saiz dia sedarhana,tak ada la besar sangat/kecik sangat. Lepas tengok penyu Tiha terus naik atas boat sebab pening ..mabuk laut barangkali

Third spot ,shark point . Haaaaaa..Tiha menyesal sangat tak turun dekat shark point ni  .... :((((( sebab time tu tengah pening teruk..mabuk laut sangat2 ... :((((( Bila diorang dah nak naik baru Tiha terhegeh2 nak turun ,itupun tepi boat je ...sebab takut nak tengok shark tu . Rupanya ,ada sorang abang tu kata,shark tu bukannya shark yang besar makan orang tu,shark ni dia kecik2 ..dia makan seaweed je ..emm menyesal sangat tak pergi tengok .. :(((

Fourth spot, fisherman village . Dekat sini boat2 akan turunkan para snorkel,dekat sini lah semua snorkel dapat rehat kejap/makan sebelum teruskan aktiviti. Jangan risau ,nama je fisherman village,tapi still ada kedai makan dan beberapa gerai kecil jual kudapan dengan souvenirs .. Habis je  makan ,cordinator hantar family Tiha balik ....sobb sobbb semuanya salah diri sendiri sebab pening sangat ..mabuk laut teruk ...memang rasa nak muntah/demam semua ada ..Kira burn la duit kitorang sebab tak habiskan trip tu . :((((













































So here's a few tips untuk uolsss uolsss yang nak pergi snorkeling ..make sure bawak biskut/roti/makanan untuk alas perut ..sebab kalau nak tunggu masa makan lama sangat ...at least korang ada makanan nak alas perut,and korang boleh bagi ikan2 dekat laut ni makan biskut,diorang berebut tau biskut tu !disebabkan Tiha tak bawak pape,kitorang curi biskut coordinator bagi ikan makan ..sambil 2/3 keping masuk mulut..hehe..then bawak air mineral 2/3 botol sebab kalau korang terminum air laut korang boleh gaggle dengan air mineral ,kalau tak rasa tak selesa and boleh jadi pening jugak bila terminum banyak sangat air laut ni ..lastly,bawak panadol active-fast/asam ,just incase korang species yang mudah pening/mabuk laut macam Tiha ..nanti rugi je dah bayar mahal2 tapi tak habiskan trip. Kalau uolss nak bawak camera/phone pun boleh . Just make sure yang barang2 elektronik tu tak kena air ,letak dalam beg,jaga elok2 ok !

Sepanjang Tiha dekat pulau ni ,Tiha rasa masa berjalan lambat sangattt .. dah la tak dapat line maxis // wifi tak payah cakap la kan ..rasa macam lifeless betul . Eh,tapi tak ada la tak dapat line langsung,dapat cuma kejap ada kejap tak ada ..kalau nak guna wifi pulak ,ada sesetengah kedai makan yang provided free wifi. Tapi itupun susah nak connect ,tak tahu kenapa .. -____-

Harga barang dekat pulau ni pun mahal2 ... macam ada sekali tu ,Tiha nak beli selipar ...then pergi dekat satu kedai ni tanya dia berapa harga selipar ni sepasang..ala selipar jepun biasa tu je kot,yang orang guna bawak pergi toilet ...sekali dia kata "20 Riyal " ..i was like ....... *mouth agape ..selipar je kot ..tak jadi beli,letak balik,pergi kedai lain..haaaa adapun kedai yang murah dia jual around RM14 ..
Lepastu ada satu kedai burger ni ..burger Ramly je pun dia jual ...tanya akak ni berapa satu ..dia kata satu RM 6.50 ... *double terkejut ...kalah harga Mc Chicken ..lepastu tu akak ni punya baik dia kata " takpe la dikk akak jual RM5 je dekat adik " haaa..baik betul akak ni ..

Bila dinner pulak,family Tiha makan dekat 'Ewan's Cafe' . Cafe ni terletak dekat belakang chelet Ombak yang Tiha menginap. Harga dia ..emmm boleh tahan mahal la jugak ..tapi nak buat macam mana ..memang rata2 range harga makanan dekat Pulau Perhentian ni lebih kurang je mahal dia . And FYI ..dekat Pulau Perhentian ni ,dia tak ada ikan laut tau kalau korang nak order makan . Ikan yang diorang ada semua ikan air tawar je..contohnya ikan barracuda .



Tips yang paling penting sekali ,kalau korang nak pergi bercuti ke Pulau Perhentian atau mana2 pulau pun la,make sure bawak ubat nyamuk bakar/dengan ridsect spray ...sebab Tiha ada baca beberapa review ,diorang kata diorang kena gigit dengan bed bugs aka pepijat ..ha ..bahaya tau ..jadi sebelum tidur spray la dulu ridsect tu dekat bawah katil/penjuru katil . Just in case kan..you'll never know..anything can happen kot .. tapi Alhamdulillah ,sepanjang 3 hari 2 malam dekat Chalet Ombak , kitorang tak ada la pulak kena benda pelik2 kan .. :)

Day 4
Bergegas ke jeti around 8.30 am sebab nak dapatkan boat awal . Waktu Tiha tengah kelam kabut nak pergi jeti,ternampak la satu family ni ...dia pun nak balik jugak ...anak perempuan dia ..emm bawak penny-board warna pink ..like seriously ?? hahaha tergelak jap dalam hati (amboi jahat Tiha ni tau ) ..ialah ikut logik akal ..bilanya nak main penny-board tu ..and memang penny-board boleh guna atas pasir pantai yang lembut2 tu ....kesimpulannya disini,fikir dulu barang apa yang korang nak bawak pergi pulau dan pastikan barang tu memang berguna ! Kalau tak ,buat penat je angkut pergi balik ..






Bestnye kalau sekolah dekat sini,bunyi loceng je terus terjun lauttt ... 






Sampai Jeti Kuala Besut terus serbu kedai gift shop,sebab gift shop dekat pulau harga dia melambung-lambung..kita kena la jadi pengguna yang bijak ..hehe ...

Lepas sarapan dekat gerai ,kitorang terus tuju ke Pasar Payang !!

5pm baru gerak balik Klang ..sampai around 1 pagi ...kesian ayah drive penat2 ...

Alhamdulilah selamat pergi dan balik .. sorry post kali ni teramatlah panjang,terima kasih sebab sudi baca !! :)

12 comments:

  1. Nak tanya, guna kamera apa ye amik gambar dalam laut tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah,kak ..yang camera dalam air tu , couch kitorang yg punya ..tak tau la pulak dia guna camera apa ... :)

      Delete
  2. Kak, boleh tak tangkap ikan tu bawak balik buat pet? Hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan kata ikan dik ,penyu tu pun bolehh .. :)))

      Delete
  3. best giler....bila laa ley pegi...lama daa nk pegi...tp xdpt pegi...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah one day akk mesti dpt pergi :))

      Delete
  4. Aku dah lar, mood nk holiday nie, sanggup baca sampai habis, tatap gambar lama2, konon rasa diri ada dekat sana. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahaha ...ni kelakar ...haha ..thanks sbb sudi baca smpai habis ye kak .. :))

      Delete
  5. waaahhhh... bestnyaaa dapat menyelam tgok ikan2... *diri sendiri pun takut tgok ikan ni* haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah best sangat !!! Eh ,sama ! haha ...kita pun takut dengan ikan sebenarnya .. xD

      Delete
  6. penyu warna merah comel... ikan2 comelnya... boleh pegang tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan ..comell sangatt ...ikan-ikan tu semua boleh pegang .. :)) seronok sangat :))

      Delete