-->

Sunday, 30 March 2014

Pulau Perhentian Kecil (part 1 )

Best ke Pulau Perhentian Kecil ni ? Apa beza Pulau Perhentian Kecil dengan Pulau Perhentian Besar . Aktiviti apa yang boleh dilakukan di Pulau Perhantian?

Assalamualaikum semua..sihat ? Macam mana dengan result spm korang? Tahniah kepada anda semua yang berjaya mendapat keputusan cemerlang ..macam kawan baik Tiha yang sorang ni ..siapa lagi kalau bukan AdilahJ ..Tahniah kawan baik...I'm totally happy for you  <3

Macam mana dengan result spm Tiha ? Amboi ...sibuk noh hangpa ni .. :P Alhamdulillah ...result Tiha takde la secemerlang AdilaJ ,tapi Tiha bersyukur sangat dengan rezeki yang Allah bagi ..sebab kalau nak diikutkan dengan usaha yang tak seberapa, Tiha boleh dapat keputusan yang lagi teruk dari tu ..cuma terkilan la sikit bila dapat slip ..dalam hati "I can do way better,kalau tak main2 waktu F4 ,kalau study lebih lagi " dan terkilan sangat dengan beberapa orang cikgu dekat sekolah tu . ( boleh rujuk post ni --> Hanya hati kecil ini yang tahu .. )

Jadi post kali ni kita lupakan tentang segalanya yang berkaitan dengan SPM ok? Takpayah pening2 lagi fikir pasal spm,benda dah lepas,marilah kita move on bersama-sama.. :))

Sebenarnya Tiha baru je balik bercuti dari Pulau Perhentian kecil ...Ya Allah best sangat percutian kali ni..selama ni setakat dengar cerita dari kawan baik je ..asyik stalk blog dia tengok gambar2 vacation dia dekat Sabah ..finally dapat pun experience everything !! (Nak baca blog dia boleh click link ni --> Next Sight    )

Day 1
Tiha gerak dari Klang hari Isnin lepas (24/3) ...plan asal sepatutnya bertolak dari rumah sebelum subuh..tapi last-last gerak dekat pukul 11am ...Terengganu tu dahla jauhnya ,ya ampun .. kalau travel by car ambil masa 6/7 jam jugak ...nasib baik ayah dah siap2 book hotel dekat Marang ..sebab ayah memang dah faham sangat dah dengan perangai kitorang yang selalu gerak lambat ni .. kalau tak ,alamatnya,terlepas la feri ke Pulau Perhentian ..hehe



Bila pergi Terengganu ni memang tak sah la kan kalau tak singgah pasar payang . Ayah ingatkan sempat la nak singgah pasar payang sekejap ...sekali ...hmmm sampai Marang pun dah pukul 6.15pm . Bila check in hotel,ayah tanya receptionist..pasar payang tutup pukul berapa ? dia jawab "Pukul 5.30pm  lagi dia dah tutup bang " . Semua muka sedih je ,lagi2 ibu  yang dari rumah dah eksaited sangat .. :P





Malam tu ,lepas habis makan malam ...lepak dekat lobby hotel sebab nak guna wifi dia .. bila on twitter/facebook baru tau pasal kapal terbang MH370 yang disahkan berakhir di Selatan Laut Hindi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri . Allahu hibanya hati ..macam mana la perasaan ahli keluarga mangasa yang terlibat ...kesianya dekat diorang semua .. :((



Day 2
Lepas semalaman menginap di hotel Seri Malaysia Marang , kitorang terus siap2 gerak ke Jeti Kuala Besut. Yang melambatkan family Tiha ,bila tak jumpa signboard untuk ke Kuala Besut .. pening tanya orang sana sini ..sampai breakfast pun dalam kereta je ..sebab nak kejar feri pukul 12pm . Nasib baik ibu ada apps GPS dalam phone ..penyelamat betul !

Sampai Kuala Besut pukul 12.30pm ...masing2 memang dah cuak dah ...takut kena tunggu feri pukul 4pm ...tiba2 time pusing2 cari parking dekat area jeti ...datang la sorang pakcik ni ,dia tanya nak naik ferry ke ? lepastu dia tunjuk kan la satu agensi ferry ni ...dalam hati time "aishh pakcik ni ,boleh percaya ke ..macam tipu je" .. Rupanya pakcik ni kerja kerajaan ,cuma part time dia je kerja tolong carikan customer and ramai lagi yang kerja cari side income macam pakcik ni ...serba salah gila sebab dah sangka buruk dekat pakcik tu ... T.T

Alhamdulillah ..berkat pakcik tu tolong dapat pun ferry pukul 1pm lebih .. Yang Tiha terkejut tu ...kitorang bukannya naik ferry ..tapi speed boat ...like seriously ??  Takdela..i thought we gonna ride ferry yang besar tu ...tapi naik speed boat yang laju teramatlah sangat ..dah la kitorang duduk belakang sekali ...yang driver boat ni pun ambil kesempatan speed up sebab nak cepat sampai ...bahaya tahuu..










Dalam 45 minit ..dah sampai Pulau Perhentian Kecil ..eksaited terlebih siap lompat2 atas boat...siapa tak eksaited kan bila tengok air laut yang jernih gila tu..sampai boleh nampak dasar dia . Turun boat terus pergi dekat chalet,check in,tidur..penat kot kena heret beg pastu terkejar2 pesemua,dengan boat yang laju macam kau dah boleh tercampak keluar . -___-












Time Tiha tengah nak rehatkan badan la si Dauz merengek kata nak mandi laut ..I was like ...eeee ..orang tengah penat ni,dah la tak nampak ada orang mandi laut pun kat pantai tu .. sebab semua orang kepenatan ,ibu suruh Dauz pergi sendiri ..dalam pukul 5 pm macamtu ,baru Tiha dengan ibu keluar ..sampai je kat pantai nampak Dauz main air sorang2 ..haha kesiannya ...lagi satu kitorang masing2 pelik kenapa tak ada orang mandi pun dekat pantai tu..banyak boat je ...haaaaaa rupanya ...bila tanya pekerja kat situ ,diorang kata pantai dekat depan ni memang orang tak mandi ,sebab banyak boat ...orang mandi dekat pantai bahagian belakang pulau ..pekerja tu pun tunjukkan la dekat kitorang,sebab dia pun nak kena hantar barang pergi gerai makan tempat dia bekerja ..nama pantai bahagian belakang pulau tu 'Long Beach' ..Tiha ada perasan jugak papan kecik siap anak panah nak pergi Long Beach ...ingat kan dekat je la Long Beach ni ..sekaliiiiiiiii....hambik kau ..kena daki bukit..turun bukit ..dah macam jungle trekking dah ... TAPI PANTAI DIA LAWA SANGATTTTT   (omg Tihaaaaaa..perluke nak capslock semuaaa... *suara dalam hati) (*balas balik suara dalam hati ...mestilaaa sebab pantai tu lawaaaa sangat sangatttt!!! ) Pantai dia dah la lawa,air jernih,bersih,ombak pun kuat!!!! Dah la waktu keluar tu pakai t-shirt biasa je ...niat di hati sekadar nak tengok pantai ..nampak je ombak tu ...dia macam memanggil-manggil...terus main air !! hahahaha

Rasa macam nama pantai ni dah boleh ganti dengan "Far far away beach" ..
















Dekat bahagian belakang pulau ni pun banyak lagi chalet2 lain ...tapi penatla nak kena angkut beg dari jeti depan ,daki bukit ape semua ......  (gambar bawah ni Chalet Mohsin) 





Tadaaa....lepas jalan kaki dalam 10-15 minit dah sampai punn ...





















Sebab post kali ni panjang sangat ,i have to split it into 2 ...tunggu part 2 pulak eh ... :))
bye~

5 comments:

  1. Subhanallah, lawa nye pemandangan
    Boleh la sekali" main indo ni :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah ,memang lawa sangat !! ^^

      Delete
  2. Replies
    1. Aipp ,mabuk laut je la -______-

      Delete
  3. japp baru fahamm ...tu effect cahaya laa -_______-

    ReplyDelete