-->

Tuesday, 11 February 2014

2014

Assalamualaikum,huwaaa pejam celik-pejam celik dah 2014 rupanya,dah masuk bulan February pulak tu. Cepatnya masa berlalu ,tak perasan pun . Kiranya last aku update blog ni tahun lepas la ....mak aii lama betul aku biar kau tergendala ye sayangku *sambil usap screen laptop ..lol

Hye,awak dah 18 tahun,ye 18 ... 


Masuk tahun baru maksudnya umur aku pun makin meningkat . Makin lama makin tua ,perangai/pemikiran pun kena la matang sikit berbanding sebelum ni . Kalau dulu jadi budak sekolah kerja study je (*kononye la ) then ambil tau pasal gosip-gosip dekat sekolah,pasal budak tu,budak ni,cikgu tu, cikgu ni. Sekarang ni dah besar,kena la ambil tahu psal isu-isu semasa,isu negara,politik ,kangkung ...eh ?


Tiada lagi baju sekolah, tiada lagi


Ha , kalau masuk tahun baru ,orang tak habis2 dok cerita pasal azam diorang . Jap aku nak tanya ,azam korang tahun lepas tu dah selesaikan belum? Jangan setakat berazam bagai nak rak tapi bila sampai je pertengahan tahun,satu azam pun dah tak ingat dah... :P Jadi tahun ni aku berazam untuk tingkatkan keyakinan diri , merajinkan diri update blog sekurang-kurangnya sebulan sekali (Kalau busy tu lain cerita la kan ) dan kuruskan badan (ha part ni setiap tahun masuk dalam list azam aku tapi tak pernah berjaya T.T )



Lagi satu,masuk je tahun baru setiap kali terserempak dengan kawan especially junior banyak betul soalan yang diorang ajukan ,dah macam reporter dah aku rasa diorang ni ...


Antara FAQ yang ditanya :

1.Akak sihat ?
Alhamdulillah akak sihat walafiat ,terlebih sihat dah ni hehe ...pipi pun dah makin naik ,macam kuih pau ,kalah pipi Farahiya...cuma biasa la kan  batuk/selsema/demam/asthma tu memang selalu kena,tak tau la apa masalah immune sendiri .

Kan dah kata ,dah boleh lawan pipi Farahiya ni .. T.T 



2.Akak buat apa sekarang,tak kerja ke ?
Kerja ? hehe tak . Akak menganggur je. Duduk rumah layan kdrama,update social network,tolong kemas-kemas rumah sikit ... mula-mula time dah habis spm tu ada la jugak plan nak kerja ,but at the end ibu kata lebih baik duduk dekat rumah je,dekat luar tu bahaya banyak sangat kes jenayah,duduk rumah selamat sikit (*dalam hati "yes" tak payah kerja xD ) and sekarang ni akak tengah settlekan  lesen kereta . Semalam baru je habis ujian undang2 ....lulus k  ..49/50 tau ..jangan main-main ...hahahaha...tapi serius ..risau gila time nak jawab exam tu ,dahlah malam sebelum exam baru start bukak buku ,macam cari maut je ..esok nak exam malam tu baru nak study...lagipun target lulus je exam tu ...alhamdulillah dapat jawab dengan lancar even tough rasa macam nak muntah revise last minute dalam van,driver tu drive laju sangat  T.T

Ni tipu k . Sumpah tipu,waktu exam mana boleh bawak phone..wuu T.T hatechu girls



3.Tak hangout dengan kawan2 ke kak ?
Emm,kalau nak kata hangout tengok wayang pesemua memang tak la ,masing2 busy (malas sebenarnya ) tapi adala lepak-lepak dekat padang depan rumah . //kejap...tak faham kenapa remaja sekarang kalau nak lepak jumpa kawan kena pergi Sunway,SCM etc ....apa dekat rumah sendiri,padang permainan,taman-taman bunga tak boleh ke ? Ada guideline ke port mana nak hangout pesemua ...duhhh..pastu pastu kalau lepak dengan kawan memang kena selfie/update ig ke ? Kalau tak upload gambar ada kena bayar denda ?


4.Kenapa akak dah lama tak update ig ?
Malas ..lol ...serius malas..tapi selalu on nak like gambar buah hati  tercinta ni je <3

Terharu gila k bila junior kata rindu ..awhhh .. i miss you guys too .. xoxo




P/s: currently addicted dengan flappy bird

Selamat Malam ~

No comments:

Post a Comment