-->

Saturday, 14 December 2013

Instagram

" Hye sis, please visit my Ig shop , saya ada jual baju murah " "Tolong like gambar giveaway saya yang ke 5,6,7,8 "


Korang semua pernah tak kena macam ni ? I mean siapa-siapa je entah yang tetiba sesat dekat Ig korang lepastu spam comment macam comment tu dia yang punya . Amboi kau ...sedap betul eh mengspam . Secara peribadi , Tiha sendiri tak suka . I mean annoying gila kot . Tiha faham orang nak cari rezeki tapi mohon ...berpada-pada lah sikit . Comment pada gambar yang sesuai . Ini tak ,kadang-kadang tu orang upload gambar tengah sedih apa semua ,kau senang -senang comment "Please like my giveaway " etc . Otak mana otak ?

Well,so far ig tiha tak adelah kena spam teruk sangat (sebab tak famous kot sob..sob .. T.T ) tapi ada la 2/3 yang menyemak . Sebab tak banyak ,tiha buat bodo je . Malas nak layan sipolan sipolan ni .

Biasanya yang kena spam teruk-teruk ni account artis / blogger famous / twitfamous / famous amos dan yang sewaktu dengannya . Macam Kak Hanis Zalikha aka KekNis dia akan sediakan ruangan "Saya Jual " dekat ig dia setiap minggu ,jadi masalah dapat diatasi . Siapa spam dekat gambar yang tidak berkaitan Keknis akan delete . I like your style KekNis .. ehehe .

Yang Tiha tertanya-tanya , kenapa sekarang ni berlambak sangat ig shop . Sorang nak berniaga semua nak berniaga . Kalau semua sibuk nak berniaga , siapa yang nak beli ? Sebab terlampau banyak sangat ig shop nilah punca fenomena giveaway ni berlaku .


 Contohnya macamni . Siapa boleh tahan ? *Maaf la, I have to ,sebab annoying sangat. Orang sedih pasal spm kau mintak like ..memang kena ..




Tengok tu ..masih lagi tak faham bahasa ..




Adik-adik sekalian , mohon jangan menyusahkan orang, fikir banyak kali sebelum spam. Pada yang tak tahan kena spam ,cuba fikir balik kenapa diorang spam ? Lagi-lagi pada yang terima sponsorship . Bila anda promote barang ,mereka akan fikir "it's ok to spam " . Tetapkan pendirian ,kalau boleh jangan ambil apa-apa yang diorang bagi . Kalau nak ambil jugak , kena la bersabar delete comment tu satu-satu jangan banyak ngomel ...

Kepada anda yang lain ,hati -hati bila berurusan secara online , takut kena tipu . Pastikan ig shop tu boleh dipercayai  dan check review customer  dulu sebelum beli. .




6 comments:

  1. Assalamualai...Hi awak... Boleh tunjukkan jalan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam...Eh ? Jalan lama atau highway ?

      Delete
  2. hahaha, memang tak boleh blak orang macam ni
    suka-suki je nk spam IG orang
    seb baik tak pernah kena lagi camtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...kalau dah kena memang geram je rasa ..

      Delete