-->

Sunday, 1 December 2013

Bebas


Assalamualaikum,jadi mulai dari saat ini ,ingin aku katakan bahawa aku telah bebas. Ye bebas dari cengkaman spm. Bebas dari beban yang teramatlah berat yang telah aku sandang selama 2 tahun. Tapi .... kenapa hati ini masih tidak tenang dan tenteram . Bukan ke kebebasan ini yang aku dahagakan  ?

Aku risau ..risau yang teramat dengan keputusan yang akan keluar 3 bulan yang akan datang . Kalau dulu waktu result pmr keluar , debaran aku ibarat menunggu keputusan hukuman gantung ,tapi kali ini perasaan aku ibarat aku memang dah dijatuhkan hukuman gantung ,tinggal beberapa langkah sebelum aku digantung, dengan harapan aku akan diselamatkan oleh sesiapa. Sesiapa sahaja.. yang tahu aku tidak bersalah .

Ya Allah ,aku mohon agar segalanya dipermudahkan . Selama minggu peperiksaan berlangsung ,aku tahu aku tak buat sehabis baik . Aku tahu aku boleh lakukan way better . Aku tahu usaha aku teramatlah ala kadar . Tapi semuanya sudah terlambat . Walau aku menangis air mata darah sekalipun,there's  nothing can change the mistakes I've made . Bayangkan malam sebelum peperiksaan,aku tak tidur semalaman sebab baru nak fahamkan apa yang aku pelajari selama dua tahun .  Bila difikirkan kembali,aku tertanya-tanya apa yang telah aku lakukan selama ni ? Aku teramatlah menyesal. I mean I've wasted 2 years in my life doing nothing .

Kalau masa boleh diputarkan kembali ,banyak perkara yang ingin aku ubah . Kalau aku tahu ini yang akan berlaku ......... Semua harapan dan impian aku musnah . Tak perlu tunggu keputusan keluar,aku dah boleh ramalkannya ...... Aku sedih bila fikirkan reaksi yang bakal dipamerkan dari kedua ibubapa aku. Segala yang aku minta , mereka beri tapi apa yang mereka mahukan hanyalah sedikit kejayaan dan aku tidak mampu untuk beri kecermerlangan itu .


Apa yang aku harapkan kini adalah keajaiban ...keajaiban dari Illahi ..


No comments:

Post a Comment