-->

Friday, 18 January 2013

Tahu tak macam mana perasaan aku sekarang,hati aku ,jiwa raga aku . Di suruhnya simpan rahsia yang begitu besar. Aku akur sebab aku tau tak baik bukak aib orang . Berdosa besar. Allah akan bukak aib hambanya yang membuka aib orang lain. Tapi sekarang,dituduh pula kita menyebarkan fitnah. Bila kita diamkan diri ,katanya kita pengecut . Menuduh tanpa usul periksa . Mengutuk orang yang tidak bersalah walhal awak sedar kebenaran berpihak kepada siapa . Guna nama Allah untuk menegakkan penipuan. Tahu tak betapa sucinya nama Allah ? Betapa besarnya kuasa Allah . Jangan sampai suatu hari nanti Allah buka segala aib diri awak . Sedarlah dengan apa yang awak telah lakukan . Menuduh perrempuan baik berzina mendatangkan kemurkaan kepada Allah . Tak takut ke dengan azab Allah yang maha berkuasa ?

Tak puas hati bincang cara baik,bukannya mengutuk di laman sosial . Setiap apa yang ditulis di laman sosial sama ada baik atau buruk akan dicatat oleh para malaikat di bahu kita. Jangan pernah  lupa akan kehadiran mereka. Jangan menegakkan benang yang basah . Kalau awak rasa awak dah lakukan dosa ,mintak ampun dari Allah . Buat solat taubat. Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang .

Jangan risau ....segala yang awak lakukan,kawan-kawan awak menhina saya dan sebagainya ,dah lama saya maafkan . Saya sedar diri saya pun tak sempurna mana . Semua insan pernah melakukan kesilapan . :)

Dan pada anda semua diluar sana ,kalau dihina dan dikutuk bersabarlah . Allah akan sentiasa menguji hambanya agar tidak alpa dengan kesibukkan di dunia. Kuatkan keimanan diri,teguhkan kesabaran hati ,sentiasa berselawat , pekakkan telinga . Cukuplah jika kita tau apa yang kita lakukan dan apa yang kita tidak lakukan. Jauhkan diri dari segala perbuatan maksiat dan tidak baik. Redakan kemarahan diri dengan mendekatkan diri dengan Allah . Kalau rasa hati sakit sangat ambil wuduk ,buat solat sunat dan sebagainya. Allah dengar setiap apa yang kita adukan.




No comments:

Post a Comment